Saturday, June 6, 2009

Bersama FITRI


Rasanya sekejap sungguh bersama fitri......
Bila pula rasanya kita nak bersama-sama seperti dulu...
Kami adik-beradik Hizbullah sentiasa menanti Fitri di sini dan tidur sini tau....
KITA BUAT USRAH BERSAMA!!!

Wednesday, June 3, 2009

Hanya sebiji kurma


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah kemesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak dekat timbangan..

Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya..


"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.


Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. . Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu,tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.


"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu,saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak mudaitu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa sayameminta penghalalan ?".


Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat

."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.

Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Sayatidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Di mana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."


Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulankemudian, Ibrahim bin adham sudah berada di bawah kubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap-cakap..


"Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makansebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudahmakbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilikkurma itu.

Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoransebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang iasudah bebas."


Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuhkita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...


" Semogabermanfaat.Mungkin sedikit perjuangan kita dalam Hidup , hasilnya renungkan sejenak....

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"

Friday, May 22, 2009

KEMBALI BERSAMA



salam kembali buat semua ahli hizbullah..
Semoga lebih bersemangat berdiri di lapangan yang memerlukan kamu semua...
TAHNIAH juga buat FAKHRUL,MUHAMMAD YAHYA,IQBAL dan ASYER kerana berjaya menjadi naqib.Tidak lupa kepada NUKMAN,MUHAMMAD MUJAHID,SOFEE,dan FITRI.
Teruskan langkah ke hadapan mencapai kejayaan yang di cari.

Friday, March 13, 2009

selamat berjuang ahli hizbullah!


Hari-hari yang di lewati begitu pantas sahaja.Sesaat demi sesaat,hari demi hari begitu bersahaja meninggalkan kesan dalam kehidupan.Begitu juga berpindahnya diri ini dari petang kepada petang dari malam meninggalkan malam dan dalam keaadaan pagi kepada pagi kembali.
Tarbiyah adalah usaha yang berterusan dan tidak seharusnya terhenti. Kita seharusnya sentiasa meletakkan diri kita dalam proses pentarbiyahan. Lihatlah nabi Musa a.s. Walau pun telah menjadi nabi dan mendapat tarbiyah dari Allah taala, namun beliau masih terus mencari sesuatu yang bermanfaat bagi pentarbiyahan dirinya. Tidak hina seseorang itu untuk ditarbiyah oleh orang yang lebih rendah martabatnya. Kesabaran adalah kunci utama dalam melalui saat demi saat kehidupan yang di atur oleh Allah kepada hambaNYA yang berkompaskan iman dan taqwa melalui hari -hari penuh dengan tarbiyyah
Ketahuilah para pemuda dan pemudi islam bahawa dalam sejarah kebangkitan islam sesungguhnya para futuwwah adalah peranan yang amat penting di gunakan dari segi kekuatan minda dan strategi di susunkan dengan kejujuran hati yang ikhlas berbekalkan pengorbanan yang tinggi.
Sesugguhnya tarbiyyah adalah faktor yang penting dalam menuju kesempurnaan islam.fikir dan runungkanlah!

Monday, December 8, 2008

bangkitlah pemuda-pemuda islam!!!


salam rindu dan sayang untuk usrah hizbullah..semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah taala..di kesempatan ini ana(a.ayen) mengucapkan selamat eiduladha kepada ahli hizbullah dan memohon maaf segala kesilapan dalam mengendalikan kapal yang cukup gah dan mesti di buktikan pada zahirnya dan hakikatnya.Di dalam usaha untuk meningkatkan tarbiyah diri pada tika ini apa yang perlu di ingatkan bahawa dunia hari ini begitu dahagakan satu "REVOLUSI JIWA" yang mampu mengangkat semula martabat manusia dari lembah kehinaan kepada kemuliaan.
Hari ini islam amat memerlukan jiwa-jiwa yang sedia rela berkorban apa sahaja demi islam.sebagaimana yang telah di buktikan ketika mana zaman rasulullah di mana terdapatnya jiwa-jiwa ini sehingga islam dapat di tegakkan.

Ayyuhas syabab!!!
dalam belantara teknologi dan kecanggihan era komunikasi ini, rupa-rupanya hati dan budi setengah umat islam masih kuno dan tewas dengan sebanyak mana penciptaan bangunan sebanyak itulah juga berlakunya pembunuhan dan kemusnahan.Revolusi-revolusi lahiriah tidak mamapu mengubah jiwa dan nafsu manusia yah setiasa tamak haloba..yang mana golongan remaja yg sudah semakin hilang jati diri untuk berdepan dan berenteraksi dgn cabaran zaman. KEMANAKAH generasi yang mampu mengubahnya?Adakah kita sudah bersedia melangkah menempuh perjuangan ini?.....................
pengajarannya ujian-ujian yang datang bertubi-tubi ke atas umat islam kini adalah untuk menyerlahkan siapakah antara kita pejuang islam sebenar dan pula pejuang yang menyamar.wasalam.

Andai kita memahami...


Ketika kita bergembira saat dan ketika ini ,terdapat insan yang yang telah di uji dengan pelbagai-bagai musibah sehingga membawa kepada kematian.Di kesempatan ini penulis ingin melahirkan rasa simpati dan sedih kepada mangsa-mangsa bencana alam.Apa yang ingin penulis lontarkan di sini adalah segala musibah itu ada hikmahnya dan setiap kecil hingga sebesar-besar hikmah itulah yang perlu kita ambil sebagai tanda peringatan dan kasih tuhan kepada kita.Tapi malangnya, bermacam-macam bala Allah untuk manusia akhir zaman ini tidak di pedulikan malah tidak merasai langsung apatah lagi untuk memahaminya..
point yang sebenar ingin penulis sampaikan di sini sebenarnya adalah ramai yang tidak memahami islam dan islam itu telah di salah tafsirkan sama ada orang bukan islam mahupun islam.hakikatnya realiti ini telah dapat di tebak oleh rasulullah sendiri yang pernah menegaskan menerusi sabda baginda"islam akan di gelapkan oleh orang islam "...dan sebagai pencinta agama sepatutunya kita terpanggil untuk membetulkan keadaan ini.Kita sering mendengar suara-suara yang mengatakan apakah islam masih relevan?,suara-suara kera ini bukan di kumandangkan dari sarjana barat tetapi tempiasnya kepada umat islam yang sekularis.
Penulis tertarik dengan kata-kata sarjana barat yang di petik qardawi mengatakan"Subhanallah yang mengenalkan aku islam sebelum aku mengenal orang islam"..ertinya jika sarjana barat mengenali umat islam terlebih dahulu hatinya akan tawar kepada islam.
oleh itu muslimin /muslimat yang di rahmati Allah, usaha untuk membaiki salah fahaman dan tafsiran mestilah di lakukan agar keuggulan islam dapat di realisasikan..


Sunday, December 7, 2008

IBADAH KORBAN MENGIKUT SUNNAH

Asif, x sempat nak menulis. Bahan ni ana ambil dari blog http://ustaznazmi.blogspot.com... Harap dapat memberi manfaat.

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS


ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Menurut Fudhail bin 'Iyaadh r.h: "Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin 'Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin 'Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah". - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.

Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:

Waktu pelaksanaan ibadah korban

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan". (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).

Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)". (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).

Tidak menggunting rambut dan memotong kuku

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).

Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain". (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).

Ibadah korban dilaksanakan di musolla

Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.

Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).

Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).

Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban

Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317).